d r e a m -

HOME ABOUT LOVES HUH FOLLOW DBOARD




© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Monday's and Tuesday's story .

Beast / B2ST ;-; Sho cute especially Doojoon ._.

Assalamualaikum ! B2ST sangatlah comel terutama laki aku Yoon Doojoon :D Harharhar . Semalam [isnin] ada merentas desa . Aku dapat no. 4 terakhir . Aku punya perut sakit , kawan aku dah nak pengsan + muntah . Aku kata ngan dia 'tak payahlah sambung lari ! Kau pengsan nanti mcam mana ?' dia degil , dia terus kan jugak -.-

Kesian classmate aku , Hariz . Dia tak hantar surat merentas desa tapi mak dia benarkan dah tandatangan . Mak dia sampai datang sekolah tau ! lepas tu cikgu benarkan dia masuk sebab dia kata mak dia dah tandatangan . Hariz dia dapat no.1 merentas desa untuk tahun 6 . tapi tak dapat hadiah , cikgu koku cakap dia tak boleh dapat hadiah sebab tak hantar surat. Aku tengok muka dia kecewa gila . Dia dah lari jauh penat penat . Dia macam nak nangis . Kawan baik aku pula bangang sangat , pergi tanya 'betul eh kau tak boleh ambil hadiah' -.- Lagi lah dia sedih . Tadi dia tak datang sekolah sebab hal ni tau ! Dia sepatutnya datang sebab nak pergi camping kat mana tah tapi luar sekolah . tapi sebab camping tu , dia datang pukul 1 . Time orang semua dah balik. Aku tahu sebenarnya dia bengang dengan cikgu sampai tak datang sekolah . Sabar je Hariz ;-; Benda ni aku tulis kat facebook , tapi aku copypaste XD

Tadi time kelas C/O , aku dan kawan kawan aku yang lain tak boleh solat . Paham paham je lah ._. Then ustaz tak percaya -.- Ustaz kata 'Ye ke ?' aku dah ASDFGHJKL -.- Then ustaz lagi sorang cakap suruh ustazah check . K aku dah tahap nak cakap B**I dah -.- Lepas tu Jannah cakap 'Kitorang dah bagitau ustazah Siti Hajar' lepas tu baru ustaz percaya . Kitorang solat dalam bilik J-Qaf . Maksud aku orang yang boleh solat . Bilik J-Qaf dah ada air conditioner tapi tak sejuk -.- Sebab ustazah buka lambat ... Hewhewhew

Tadi time masa English , kitorang buat apa tah , lol LISTENING SKILL ;D Teacher Nora baca kitorang tulis . Lepas tu teacher 'I target Khayrin , Farhanis , ROSDIYANA , Azim , Hani , blabla. You must get A !' gila aku walaupun aku bangga dapat jadi murid target teacher . Science pun aku jadi target T_T Apa ni ;-; Omg , tapi aku rasa aku boleh dapat A dalam semua pelajaran tu ^^

Cukup cukuplah tu buat perenggan -.- Aku penat . Homework aku tak buat lagi ^^ btw aku dah tukar header ! lawa tak ? Warna macam tak sesuai dengan background and tulisan tu macam tak boleh nampak ._.
Layan yutiub ahh ^^ Tapi nak tengok apa -.- ?
©